Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

     KLANG, 27 SEPTEMBER 2014 – Acara Badminton Individu dan Beregu bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 telah disertai oleh 10 orang bagi kategori individu dan 13 pasukan bagi kategori regu di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Rantau Panjang, JPAM Daerah Klang dan Geng Wisma Daerah Klang.

Program ini bertujuan untuk mencari bakat dalam sukan badminton untuk mewakili daerah Klang dalam kejohanan peringkat negeri pada pertengahan bulan November 2014. Bagi kategori perseorangan Johan telah diungguli oleh saudara M. Norzaihani Hafizi Bin Ruzaini, Naib Johan saudara Mohd Nur Afiff Bin Mohd Don, Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh saudara Mohd Hamka Bin Mohd Noor dan Mohd Shukri bin Abdullah. Bagi kategori beregu pula Johan dimenangi oleh pasukan Kilat, Naib Johan pasukan TMBC B, Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh pasukan Bukit Kapar Junior dan pasukan TMBC A dimana keseluruhan peserta merupakan anak jati Klang. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Majlis penyampaian hadiah dan sijil telah disempurnakan oleh En. Azrul Hafiz Bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang dan turut dihadiri oleh En. Zaihan Bin Ahmad Naim Timbalan Pengerusi GB4B Cawangan Rantau Panjang. Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan daerah Klang di kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable