Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

 

KLANG, 28 SEPTEMBER 2014 – Sebanyak 8 pasukan bola keranjang serata Negeri Selangor menyertai Acara 3 on 3 Bola Keranjang bagi Kejohanan Liga Sukan Untuk Semua Daerah Klang 2014 anjuran PBSD Klang dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Klang, Geng Wisma Daerah Klang dan Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Daerah Klang.

Program yang bertujuan untuk mencari bakat dalam sukan bola keranjang untuk mewakili daerah Klang dalam kejohanan peringkat negeri pada pertengahan bulan November 2014 ini telah dirasmikan oleh En. Azrul hafiz bin Mohamad dan turut dihadiri oleh En. Yap Poh Boon, Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Keranjang Negeri Selangor. Acara ini diungguli oleh pasukan B-Live yang telah menjadi Johan pertandingan. Naib Johan pula disandang oleh pasukan Crab Island manakala Tempat Ketiga dikongsi bersama oleh West Sun dan KBA. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai dan sijil penyertaan. Johan dan Naib Johan akan mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang di Kejohanan LSUS Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada pertengahan November 2014.

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable