Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay


IKBN Kuala Langat, BANTING- Liga Sukan Utk Semua Peringkat Daerah Kuala Langat 2014 diteruskan hari ini dengan Pertandingan Badminton, Bola Sepak 9 Sebelah dan Bola Jaring. Bagi Kejohanan Badminton, sebanyak 20 peserta individu dan 45 beregu. Manakala bagi pertandingan Bola Jaring pula sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan ini dan bagi pertandingan Bola Sepak 9 sebelah disertai oleh seramai 25 pasukan. 

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri  Selangor, Tuan Hj Makhruzi Bin Hj Ikhsan. Majlis Perasmian ini juga turut dihadiri oleh Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara Kuala Langat, Encik Azian Bin Husin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Zuraidah Yusoff, Pengerusi Kelab Badminton Nusa Jati, Encik Mohd Nizam Bin Nordin dan Pemain Badminton Negara selaku Ikon Badminton Daerah Kuala Langat, Encik Ruslin bin Hashim.


Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat juga turut memberi penghormatan kepada Pengarah IKBN Kuala Langat selaku tuan rumah bagi memyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

 

Oleh:  Mastijah binti Insuin

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable