Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

SHAH ALAM 28 April 2014 – Seramai 2 orang pegawai Kementerian Belia dak Sukan Malaysia daripada Cawangan Kemahiran dan Cawangan Pembangunan Usahawan berserta seorang pelajar praktikal telah melapangkan masa untuk turun padang melawat bakal rakan kongsi 3K Belia Bestari 2014. Lawatan ini bertujuan menyenarai pendek rakan kongsi mana yang layak dan berupaya untuk mendidik belia di dalam negeri Selangor untuk menjadi usahawan di masa hadapan.

Terdapat beberapa jenis kursus yang ditawarkan oleh rakan kongsi di negeri Selangor. Di antaranya ialah fotografi, usahawan rekreasi luar, spa kecantikan, mekanik kenderaan dan video korporat. Setiap rakan kongsi yang telah menghantar proposal kepada pihak Jabatan, mempunyai kekuatan yang berbeza-beza dari segi latarbelakang rakan kongsi itu sendiri, kieistimewaan kursus yang ditawarkan, hasil kursus yang berbeza pada tahun yang lepas dan bermacam-macam lagi. Ia merupakan perkara yang sangat diambil kira oleh pihak penilai untuk memilih rakan kongsi mana yang layak untuk di angkat ke pemilihan peringkat Kementerian.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mempunyai 7 senarai rakan kongsi yang menawarkan pelbagai jenis kursus. Melalui lawatan ini, rakan kongsi yang terbaik sahaja yang akan dipilih untuk melatih belia di dalam negeri Selangor ini. Di harap segala yang terbaik dapat diberikan kepada belia di negeri ini.

  

Disediakan Oleh : Noor Azrina binti Aliman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable