Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

GOMBAK, 18 APRIL 2014-  Pejabat Belia dan Sukan Dearah Gombak telah beroperasi di     B- 18- G/ B- 18- 1, Medan Selayang Business Centre, Jalan Medan Selayang 1, Batu Caves, Selangor sejak tahun 2007 hingga kini. Lawatan Tuan Haji Makhruzi bin Haji Ikhsan selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor ke tapak pejabat yang baru di Wisma D’ Ruby di bawah kelolaan Dato’ IR Nasir bin Mohamed selaku pemilik wisma ini yang bertempat bersebelahan wismanya iaitu Wisma Teamcoat Engineering Sdn Bhd mendapat perhatian dan sokongan daripada pemilik wisma ini. Perpindahan pejabat ke lokasi yang baru adalah bertujuan untuk mendapatkan suasana pejabat yang efektif dan terbaik serta keluasan yang lebih luas dan selesa berbanding sekarang dengan kadar sewa yang tidak banyak beza. Selain itu, lokasi  pejabat yang baru ini lebih strategik dan memudahkan warga belia di Dearah Gombak untuk berkunjung ke pejabat ini dan ia lebih kepada One Stop Centre memandangkan pejabat Majlis Belia Daerah Gombak juga terletak di Wisma Teamcoat bersebelahan dengan Wisma D’ Ruby. Ia lebih memudahkan pengurusan secara pentadbiran dan gerak kerja belia- belia untuk berkumpul dan melaksanakan aktiviti- aktiviti belia memandangkan kemudahan- kemudahan yang akan disediakan nanti. Perpindahan ini akan dilaksanakan dilaksanakan dengan kadar segera dan ia masih lagi di dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Oleh: Nul Widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable