Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

Disediakan Oleh : Nurshafira Hamzah (PBSD Sepang)

 

17 MAC 2014 – SEPANG.   Persatuan Belia Gugusan Salak yang merupakan calon mewakili Daerah Sepang bagi Kategori  Perdana Pertubuhan Belia hari ini telah menerima lawatan daripada Panel Penilai Anugerah Perdana Belia Negara 2014 Peringkat Negeri Selangor . Barisan panel seramai 3 orang yang diketuai oleh Puan Norizah Binti Romi (ICU Selangor), Encik Azwan bin Dato'Mohd Yasir (MBS Selangor) dan Encik Andy Suriya bin Husin (KEMAS) serta urusetia Encik Mohd Zawawi B Hashim, Pegawai Kepimpinan,Pembangunan Sahsiah dan Kemahiran, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.  

 

Majlis dimulakan dengan taklimat oleh pengerusi persatuan, En. Muhammad Hydier Bin Hamid dan dibantu dengan biro-biro yang terbabit sebelum sesi soal jawab daripada panel penilai.

 

Lawatan panel ini turut disertai oleh pegawai Belia dan Sukan Daerah Sepang, En. Sofian Bin Ismail dan kakitangan serta Pengerusi Majlis Belia Negeri Selangor Daerah Sepang, En. Mohd Ariffin Mohd Razid.  Sebelum mengakhiri sesi penilaian, panel penilai telah dibawa ke tapak projek persatuan iaitu pusat cucian kereta dan pusat ternakan lembu.

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable