Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

Disediakan Oleh : Mohd Amirul Hafiz Bin Arshad (PBSD K.SELANGOR)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

19 MAC 2014 - KUALA SELANGOR.   Lawatan Panel Anugerah Belia Perdana Peringkat Negeri Selangor bagi Daerah Kuala Selangor telah diadakan di Balai Raya Kg. Bukit Kuching, Jeram, Kuala Selangor.   Persatuan yang terlibat dalam lawatan ini adalah Persatuan Belia Pelopor Jeram yang merupakan persatuan belia tunggal yang mempunyai seramai 50 orang ahli. 

 

Sesi lawatan ini melibatkan  Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Belia Daerah, barisan ahli panel yang  terdiri daripada wakil Pejabat Kemas Negeri Selangor, wakil Majlis Belia Selangor Dan Pegawai ICU Daerah Klang serta wakil daripada Jabatan Belia dan Sukan  Negeri Selangor. 

 

Objektif lawatan tersebut adalah untuk menilai pengurusan organisasi pertubuhan belia di peringkat daerah serta mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada organisasi yang telah memberikan sumbangan  yang besar terhadap pembangunan belia setempat.   Penilaian dibuat merangkumi sistem fail, pengurusan program, penggunaan teknologi maklumat dan lain-lain.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable