KLANG, 28 SEPTEMBER 2014 – Program Latihan Kemahiran Tidak Formal (Masakan Timur Tengah- Masakan Arab) Daerah Klang 2014 bagi telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 20 orang belia tempatan dan disokong oleh Persatuan Belia Al-Solehah AIM. Tenaga pengajar, Encik Mohamad Nakhaee Issa yang merupakan chef serba boleh telah mengajar peserta beberapa jenis masakan Pantai Timur Tengah- Masakan Arab sepanjang program berlangsung bermula awal September 2014.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh En. Azrul Hafiz Bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang Menurut beliau, program LKTF merupakan program tahunan pejabat dan setiap tahun pelbagai program kemahiran akan diketengahkan oleh pihak pejabat berdasarkan permintaan penduduk setempat. Beliau juga berharap agar belia tempatan dapat memberikan cadangan dan pandangan kepada pihak pejabat tentang program-program latihan yang mereka idamkan sebagai persediaan perancangan pihak pejabat pada tahun hadapan. Rata-rata peserta yang hadir amat berpuas hati dengan penyediaan modul masakan oleh tenaga pengajar dan begitu teruja sepanjang program dijalankan. Majlis turut dihadiri oleh penyelaras program Puan Nor Asiah Ab. Aziz merangkap Pembantu Belia dan Sukan Daerah Klang.

 

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable