Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KLANG, 24 OGOS 2014 – Program Latihan Kemahiran Tidak Formal (Masakan Pantai Timur) Daerah Klang 2014 bagi minggu pertama telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 20 orang belia tempatan.

Program yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehan belia dalam bidang kemahiran dengan menyediakan peluang latihan kemahiran jangka pendek kepada belia lepasan sekolah khususnya dalam bidang masakan. Pada minggu pertama tenaga pengajar, Puan Azizah Osman yang berasal dari Negeri Kelantan telah mengajar peserta sebanyak dua jenis masakan Pantai Timur iaitu Nasi Kerabu dan Nasi Dagang.

Menurut penyelaras program Puan Nor Asiah Bt Ab. Aziz, terdapat sedikit kelainan dalam pemilihan program LKTF pada kali ini memandangkan terdapat permintaan yang tinggi daripada belia tempatan terhadap kursus masakan Pantai Timur dan Timur Tengah yang begitu popular pada masa kini. Rata-rata peserta yang hadir amat berpuas hati dengan penyediaan modul masakan oleh tenaga pengajar dan begitu teruja sepanjang program dijalankan. Tambahnya lagi selepas tamat program, beliau akan menyambung  kelas masakan Timur Tengah- Masakan Arab pula yang dijangka bermula pada awal bulan September yang juga telah mendapat sambutan penyertaan yang tinggi daripada belia tempatan Klang.

 

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable