Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

SALAK TINGGI,12 OKTOBER 2014 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sepang dengan kerjasama Kelab Belia Beliawanis Sepang menganjurkan kursus pendek hujung minggu iaitu Kelas Jahitan- Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) bertempat di Giat Mara Daerah Sepang.

Kursus ini bertujuan untuk mempelbagaikan pendekatan latihan kemahiran kepada belia setempat. Selain itu, program sebegini dapat memperkasa dan memperkaya ilmu kemahiran kepada golongan terbabit dengan harapan menjana pendapatan sampiangan dan mengisi masa lapang.

Menurut Pegawai Penyelaras Program ini, kursus-kursus seperti ini amat dialu-alukan bagi meningkatkan ilmu kemahiran para peserta. Kelas yang berlangsung selama 4 hari ini melibatkan seramai 30 peserta.

Sepanjang program ini berjalan,para peserta telah diajar tentang teknik-teknik jahitan pakaian oleh guru professional dari Giat Mara Sepang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar Kelas Jahitan ini kerana komited mengajar para peserta sehingga mahir teknik-teknik menjahit.

 

 

Oleh : Nurshafira Hamzah (PBSD Sepang)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable