Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG, 20 April 2014 – Seramai lebih 35 orang  peserta yang terdiri daripada Ahli Pengakap Remaja Daerah Klang, Puteri Islam Daerah Klang, Kelab Bell Belia Tamil Daerah Klang dan MAYC Daerah Klang menyertai Kursus Pengenalan Perkhemahan Daerah Klang 2014 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama daripada Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang, Kapar dan Pelabuhan Klang.

Program selama dua hari ini telah memberikan impak yang positif kepada peserta dengan pengisian aktiviti yang menarik seperti kemahiran memasak dan mendirikan khemah, permainan Kim, klinik mendaki tembok tiruan dan gotong royong. 

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Azkiah Bin Haji Noor, Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor. Di dalam ucapannya beliau merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak PBSD Klang diatas kepercayaan ke atas pihak Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Klang bagi mengendalikan program dan berharap kerjasama diantara kedua-duanya akan berterusan. Turut hadir bersama kepimpinan tertinggi daripada Majlis Belia Selangor Daerah Klang, Kelab Bell Belia Tamil Daerah Klang dan MAYC Daerah Klang. 

 

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable