Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

GOMBAK, 13 APRIL 2014 - Kursus Pengenalan Perkhemahan 2014 telah dilaksanakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak bertempat di Alang Sedayu, Gombak, Selangor. Program ini melibatkan seramai 46 orang belia dari pelbagai agensi antaranya ialah Sekolah Menengah Darul Ehsan, Gerakan Belia 4B Kawasan Gombak dan Kolej Komuniti Selayang. Sokongan padu warga belia daripada agensi- agensi yang berlainan ini dapat merapatkan hubungan antara agensi- agensi yang terlibat di peringkat Daerah Gombak khususnya. Program ini  bertujuan bagi menyediakan ilmu dan malumat bermanfaat kepada peserta mengenai asas perkhemahan serta menimba pengalaman selama 3 hari 2 malam sepanjang program ini berlangsung. Peserta juga diajar mengenai tip- tips dan panduan yang boleh dijadikan rujukan sepanjang berada di dalam hutan. Antara pengisian yang menarik di dalam program ini ialah Modul 4 iaitu Kembara Hutan dan juga Kembara Malam yang diadakan pada hari kedua program. Program ini telah berjaya mencapai objektif perlaksanaan dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak En. A. Raman bin Musbah sangat berbangga atas pencapaian peserta belia dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap warga belia yang menghadiri kursus ini.

Oleh: Nul Widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable