Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KAMPAR, 30 MAC 2014- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Daerah Gombak pada 28 Mac 2014 hingga 30 Mac 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar, Perak. Program ini berlangsung selama tiga( 3 ) hari dan seramai 39 orang peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini. Peserta merupakan wakil- wakil persatuan belia yang aktif di peringkat daerah. Antara pengisian yang ada pada hari pertama ialah pengurusan surat menyurat dan tatacara pengurusan kewangan. Pada hari kedua pula peserta di ajar mengenai sistem fail dan rekod dan pada hari terakhir program peserta di ajar dengan pembentukan diri dan sahsiah. Modul terakhir yang menjadi kemuncak pengisian program ialah modul pengurusan projek. Objektif program ini ialah untuk meningkatkan kredibiliti kepimpinan yang sedia ada kepada pemimpin belia hari ini. Selain itu, melalui kursus ini pemimpin belia dapat melengkapkan  diri dengan ilmu- ilmu pengurusan dan pentadbiran yang diperlukan bagi mengendalikan organisasi belia. Ia juga dapat memberi pendedahan tentang keperluan yang mesti ada kepada diri setiap belia bagi menjadi pemimpin  belia yang cemerlang sejajar dengan usaha kerajaan mencapai Wawasan 2020.

Oleh: Nul Widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable