Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

 

Disediakan Oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

 

14 Mac 2014 Sabak Bernam – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 di Pusat Latihan Pertanian Degong, Hilir Perak pada 14-16 Mac 2014.

 

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Pn. Siti Norwinah Binti Narawi, kursus ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kebolehan kepimpinan yang sedia ada kepada kepimpinan belia hari ini. Di samping itu, kursus ini juga bertujuan untuk melengkapkan pemimpin belia dengan ilmu-ilmu pengurusan dan pentadbiran yang diperlukan bagi mengendalikan organisasi belia selain daripada memberi pendedahan tentang keperluan yang mesti ada untuk pemimpin belia yang baik dan cemerlang.

 

Kursus ini telah disertai seramai 35 orang peserta yang terdiri daripada ahli jawatankuasa kelab dan persatuan belia di seluruh daerah Sabak Bernam. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Sdr. Abdul Samad Bin Dawood, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam. Turut hadir En. Zawawi Bin Hashim wakil Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor.

 

Seorang wakil peserta kursus merakamkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia kerana dengan adanya kursus sebegini akan dapat melahirkan pelapis kepada kepimpinan belia yang ada sekarang.

 

MAKLUMAN TERKINI

Makluman 

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

MUAT TURUN

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable