Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

PORT DICKSON 20 April 2014 – Program disertai seramai 40 orang belia telah dilaksanakan pada 18 – 20 April bertempat di Akademi Pembangunan Belia (Kepimpinan) Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 8 orang peserta wanita dan 32 orang peserta lelaki telah menamatkan kursus dan layak menerima sijil penyertaan. Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan Oleh En Khairul Shahril Bin Shahbudin bersama dengan Puan Zuraidah Yusof, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat.

 

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehan kepimpinan yang sedia ada kepada pemimpin belia hari ini, melengkapkan pemimpin belia dengan ilmu-ilmu pengurusan dan pentadbiran yang diperlukan bagi mengendalikan organisasi belia dan memberi pendedahan tentang keperluan yang masih ada untuk menjadi pemimpin belia yang baik dan cemerlang. 

 

Melalui program ini para peserta diberi pendedahan tentang cara menguruskan pembentukan diri, pengurusan surat menyurat, sistem fail dan rekod, mengendalikan mesyuarat dan penyediaan minit mesyuarat, pengurusan projek dan tatacara pengurusan kewangan. Antara persatuan yang terlibat dengan program kali ini antaranya ialah MAYC Kuala Langat, Kelab Belia Taman Banting Baru dan Kelab Gym Kuala Langat.

 

En. Mohd. Lufti Bin Abdul Ghani daripada MAYC Kuala Langat dan Puan Nor Suadzlin Bin Othman dari Kelab Belia Taman Banting Baru telah dipilih sebagai Peserta Lelaki/ Wanita Terbaik sempena program kali ini.

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable