Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

Disediakan Oleh  :

Mohd Zaaba bin Ponrahono (JBS Selangor)

 

24 Februari 2014  (Isnin) – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menerima Kunjungan Hormat  Exco Belia dan Sukan Persekutuan, Yang Berhormat  Encik Budiman Bin Zohdi.  Kunjungan diadakan bagi mengeratkan hubungan baik dan mewujudkan semangat kerjasama dengan ‘Smart Partnership’ diantara kedua belah pihak.

Objektif utama program ini diadakan bagi mengadakan perbincangan program  - program pembangunan belia khasnya di negeri Selangor.    Antara program yang dibincangkan, antaranya  kesukarelaan, sahsiah, ekonomi dan memaksimakan penggunaan Gelanggang Futsal 1 Malaysia (GF1M) serta kemudahan sukan yang terdapat di Negeri Selangor.

 

Yang Berhormat Encik Budiman Bin Zohdi dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg Tuan Haji Makhruzi Bin  Haji Iksan diatas kesudian beliau menerima kunjungan hormat ini. Menurut beliau, semangat kerjasama dengan ‘Smart Partner Ship’ diantara semua agensi yang terlibat dengan pembangunan belia perlu digemblingkan bagi memberikan impak yang lebih besar kepada para belia.  

 

Turut hadir wakil daripada Majlis Belia Selangor, Encik Ahmad Zakir Bin Abdul Rahman dan Encik Azwan Bin Mat Yasir ,Penyelaras SRCC Negeri Selangor,  Encik Zainuri B Zainal dan Puan Roshima Binti Roslan.

 

Disunting Oleh :

Syazwani Binti Mohd Kasim (AJK Portal JBS Selangor)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable