Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

BANTING, 27 April 2014 – Kuala Langat telah mengantar penyertaan seramai lebih kurang 80 orang belia-belia daerah ini bagi mewakili daerah untuk beberapa acara. Antaranya bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran, Daerah ini diwakili oleh En. Muhammad Mokhlis Bin Hassan Basri dan Cik Nur Afiqah Absarina Binti Mohammad Sazily, Pertandingan Futsal diwakili oleh Nusantara FC, Kanchong FC, REM FC dan B4U FC, Pertandingan Pidato di wakili Cik Nur Syahira Bt Habeeb, Pertandingan Kompang Formasi di wakili oleh belia-belia dari Kg Permatang Pasir yang di latih oleh En. Sharom Bin Sabudin, Pertandingan Nasyid  diwakili oleh Kumpulan Husaini dari Kg Bukit Changgang dan Pertandingan Kawad Kreatif diwakili oleh Kelab KRS SMK Telok Panglima Garang.

 

 Kuala Langat telah Berjaya merangkul 2 kemenangan sempena karnival ini iaitu pasukan futsal Nusantara FC telah Berjaya mendapat naib johan dalam kejohanan futsal yang dianjurkan di Ole Futsal Zetcom Olak Lempit dan Pasukan Nasyid Husaini yang merupakan belia-belia dari Kg Bukit Changgang telah Berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Nasyid. Kumpulan Husaini yang telah dipilih menjadi wakil daerah melalui proses undian awam sewaktu pelaksanaan Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Jom Ke Putrajaya Peringkat Daerah Kuala Langat telah akan mewakili Negeri Selangor ke pertandingan peringakt kebangsaan yang akan diadakan diputrajaya sempena sambutan Festival Belia Negara pada bulan mei ini nanti.

 

 Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat, Puan Zuraidah Yusoff mengucapkan jutaan penghargaan atas komitmen belia-belia daerah ini  sepanjang 2 hari pelaksanaan karnival ini.

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable