Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KLANG, 13 APRIL 2014 – Seramai 2,500 penyertaan dalam sembilan kategori termasuk 102 peserta dari rumah anak yatim dan Persatuan Orang Kurang Upaya menyertai KEC Unity Run buat kali ke-4 anjuran Acmar International serta Klang Executive Club dengan kerjasama daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang, Persatuan Olahraga Daerah Klang, Majlis JAKSA Pendamai Selangor (JPS) dan beberapa lagi agansi kerajaan dan swasta yang lain.

Larian ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dan menggalakkan gaya hidup yang sihat di kalangan penduduk di Bandar Klang dan kawasan sekitar Lembah Klang. KEC Unity Run telah bermula pada tahun 2011 dengan 1,000 peserta dan telah meningkat dari tahun ke tahun.

Acara bermula  jam 7.30  pagi dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk  M. Saravanan yang turut sama hadir menyertai Program Komuniti Fit Malaysia (Senamrobik) yang telah dikendalikan oleh instruktor bertauliah daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang. Turut hadir bersama Dato' Steven A. S. Tee dan Mr. Johnson K. H. Tee Pengarah Urusan Acmar International serta PBSD Klang.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, En. Azrul Hafiz Bin Mohamad ini merupakan kali keempat pejabat turut serta dalam program larian ini. Disamping itu pihak pejabat bukan sahaja menyokong program-program yang dianjurkan oleh agensi kerajaan malahan turut memberikan sokongan yang padu bagi agensi-agensi swasta yang sentiasa menganjurkan program-program khasnya kepada golongan belia dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan.

 

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable