Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 


 

KLANG, 20 April 2014 – Seramai lebih 100 orang  menyertai Program Komuniti Fit Malaysia (Senamrobik) yang telah dikendalikan oleh instruktor bertauliah NFC Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang sempena Karnival Fiesta Mesra Belia Peringkat Daerah Klang 2014. Program ini disertai oleh ahli Persatuan Selangor Fit And Relax Youth Club, MAYC Daerah Klang dan orang awam yang mengunjungi tapak karnival seawal pagi lagi bermula pada jam 7.00 pagi. 

 

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi MAYC Daerah Klang, Nor Zakiah Bt Azmi yang turut sama menyertai senamrobik. Menurutnya program ini merupakan platform yang dapat mengumpulkan semua penggerak kecergasan, persatuan dan individu pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira umur dan bangsa agar berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan. Beliau mengatakan faktor umur dan fizikal bukanlah menjadi penghalang bagi seseorang individu itu untuk bergerak dengan lebih aktif dan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti sukan dan kecergasan.

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable