BALAKONG, 16 SEPTEMBER 2014 – Inisiatif gabungan beberapa persatuan belia iaitu Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Cheras Selatan, GB4B Cawangan Taman Impian Ehsan dan GB4B Cawangan Taman Impian Ehsan merencanakan sebuah Program Kembara Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia pada 16 September lepas.

                Seawal jam 7.30 pagi, peserta-peserta telah berkumpul di padang bola Taman Impian Ehsan dengan penuh semangat patriotik dan cintakan aktiviti kecergasan serta sukarelawan. Menariknya, basikal-basikal peserta dihias dengan jalur gemilang bagi menaikkan dan menanamkan semangat cintakan negara Malaysia. Peserta-peserta berkonvoi mengelilingi kawasan Balakong dengan dilepaskan oleh mantan ADUN BALAKONG Dato’ Hoh Hee Lee yang sekarang bertindak sebagai Penyelaras Persekutuan DUN Balakong.  Konvoi ditamatkan  di Surau Taman Impian Ehsan untuk aktiviti khidmat masyarakat dan bersurai selepas makan tengah hari.

                Program ini juga mendapat sokongan penuh dari Persatuan Penduduk Taman Impian Ehsan, KRT Taman Impian Ehsan, Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Langat dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

Disediakan oleh :

Mohd Faizal bin Ismail (PBSD Hulu Langat)

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable