Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 SABAK BERNAM, 10 APRIL 2014 - Majlis Belia Negeri Selangor melalui Biro Profesional Muda, Gejala Sosial Dan Dadah yang diwakili oleh En. Idzuan Fitri Bin Nordin selaku Pengerusi Gerakan Bersatu 4B Malaysia telah berkampung selama dua hari bermula 9 April hingga 10 April 2014 di Sabak Bernam untuk meneruskan lagi program Jelajah Kembara Aspirasi Belia.

Program ini yang menyasarkan pelajar sekolah menengah bertujuan untuk memberi aspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk belajar dengan penuh semangat dan penuh dedikasi. Dengan kehadiran dua Ikon Belia yang dipilih bagi kategori Lelaki dan Wanita iaitu Khairunnizam Bin Kamarudin dan Radin Faizah Binti Radin Baidawi ternyata membakar semangat pelajar untuk belajar dengan penuh iltizam lagi. Khairunnizam Bin Kamarudin merupakan Setiausaha Kerja Majlis Belia Negeri Selangor Daerah Sabak Bernam manakala Radin Faizah Binti Radin Baidawi ialah seorang usahawan makanan sejuk beku Arafood.

Sekolah yang dipilih untuk program ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mustaffa, Pasir Panjang dan Sekolah Agama Menengah Sultan Salehuddin Abd Aziz, Batu 38, Sabak Bernam. Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam turut dijemput untuk memberi taklimat mengenai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Majlis penutup program ini disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam, Abdul Samad Bin Dawood. Destinasi seterusnya untuk program ini akan diteruskan lagi di Daerah Kuala Selangor.

 

Disediakan oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable