BANGI - 19 OGOS 2014.  Seramai 60 orang peserta terdiri daipada sembilan buah daerah di Negeri Selangor telah menyertai Kem Bakat Badminton KBS-Nusa Mahsuri Peringkat Negeri Selangor 2014. Kem ini telah diadakan pada 15-17 Ogos 2014 , bertempat di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) , Kajang-Bangi, Selangor .

Kem Bakat Badminton KBS- Nusa Mahsuri ini merupakan satu program usahasama dalam mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan ini bermula dari peringkat akar umbi. Kem ini bertujuan melahirkan mayarakat yang sihat dan cergas bersesuaian dengan objektif kerajaan yang memeperkenalkan program “Malaysia Cergas”. Selain itu Program ini dapat menyeimbangkan pembangunan sukan badminton dengan lebih tersusun ke peringkat seterusnya. 

Sepanjang kem ini berlangsung, para peserta yang berumur sembilan hingga 12 tahun dapat berkongsi pengalaman bersama jurulatih-jurulatih yang bertauliah daripada Kelab Badminton Nusa Mahsuri  yang diterajui oleh Datuk  Misbun Sidek. Selain itu para peserta juga diperi pendedahan awal dari segi set pemakanan yang lengkap dan seimbang sebagai seorang ahli sukan. Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Shareena Delaila, Pegawai Institut Sukan Negara.

Hari berikutnya dimulakan dengan senam cergas, shuttle drill dan teknik-teknik pukulan serta aktiviti permainan beregu yang dikendalikan oleh Haji Rahman Sidek. Seterusnya pada hari ketiga , rutin senam cergas dan disusuli dengan acara perlawanan para peserta bersama jurulatih masing-masing.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil kem ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor , Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan. Turut hadir Timbalan Pengarah Sukan, Puan Wan Nor Iza binti Mohd Nor serta Ketua Jururlatih, Datuk Misbun Sidek.

 

Oleh: Suhaila binti Noordin (Bahgian Sukan, JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable