Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

      BANDAR BARU BANGI, 5 SEPTEMBER 2014 – Satu-satunya kelab ping pong tunggal di Bangi iaitu Kelab Ping Pong Bangi telah membuka keahliannya bermula pada 12 Jun 2013 dan mempunyai keahlian asalnya seramai 15 orang. Sehingga kini, bilangan ahli telah menjangkau 27 orang dan anggaran 30 orang walk-in setiap satu sesi permainan atau latihan. Ahli-ahli kelab kebanyakkannya terdiri dari warga Bangi, Kajang, Semenyih dan Cheras. 

Objektif utama penubuhan kelab adalah membangunkan aktiviti sukan ping pong untuk masyarakat, menyediakan kemudahan dan latihan sukan ping pong, menjalinkan persahabatan dan semangat kesukanan di kalangan ahli-ahli dan merancangkan dan melaksanakan aktiviti sihat berlandaskan sukan dan rekreasi. 

 

Kepada penggemar atau yang berminat untuk mendalami ilmu dalam sukan ping pong, terbuka kepada warga Daerah Hulu Langat dan Selangor bolehlah mengunjungi Dewan Serbaguna Seksyen 2, Bandar Baru Bangi pada hari Selasa, Rabu dan Khamis bermula jam 9.00 malam sehingga 11.00 malam. Bayaran sebanyak RM 3.00 dikenakan untuk satu sesi permainan adalah amat berbaloi dan bagi yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli akan dikenakan bayaran RM 20.00 sebulan. Sebarang pertanyaan tentang Kelab Ping Pong Bangi bolehlah hubungi Encik Faridzal Rezza Firdaus (Pengerusi) di talian 019-6142641.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable