Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

GOMBAK - 2 SEPT 2014. Kelab Muay Thai Naga Api Gombak merupakan kelab seni mempertahankan diri yang giat melahirkan atlet- atlet bertaraf antarabangsa.  Kelab ini terletak di Taman Gombak Permai Batu Caves dan  terdiri daripada ahli - ahli Persatuan  Tomoi Gombak. 

Pengasas kelab ini adalah merupakan Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Selangor yang sentiasa aktif menaikkan nama Muay Thai khususnya di arena antarabangsa daripada peringkat akar umbi.  Dengan usaha mengadakan sesi latihan berterusan  Kelab ini mampu melahirkan atlet antarabangsa yang berkualiti sehingga sebahagian atlet berjaya memenangi pingat emas di Muay Thai World Championship 2014 yang diadakan di Langkawi baru- baru ini.

Persatuan Tomoi Gombak maju setapak kehadapan selepas perasmian Gimnasium Muay Thai Naga Api Gombak pada Oktober 2010. Sesi latihan ini juga dimeriahkan dengan kehadiran atlet kanak- kanak yang memenangi Persembahan Wai Kru oleh Muhammad Azizul bin Azman dan Muay Thai Junior 25kg hingga 30kg iaitu Muhammad Azrizal Azizul bin Azman yang memenangi World Muay Thai Championship Langkawi 2014 pada bulan Mei lalu.

Disediakan oleh : Nul widaya binti Mohamed Nawi (PBSD Gombak)

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable