SHAH ALAM, 18 MEI 2014 – Kejohanan Seni Mempertahankan Diri (SMD) Peringkat Negeri Selangor 2014 bagi acara silat olahraga telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Tempur MSN Seksyen 6, Shah Alam. Kejohanan ini disertai oleh 95 orang pesilat lelaki dan wanita dari seluruh Negeri Selangor. Atlet-atlet yang telah berjaya merangkul kemenangan akan ke peringkat kebangsaan sempena Festival Belia Putrajaya 2014 pada 23-24 Mei 2014.

 

Majlis Perasmian bagi kejohanan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh YBhg. Tuan Haji Sulleh bin Udin selaku Presiden Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Negeri Selangor.

 

Oleh : Norsuzila Ernie binti Zinudin  ( Unit Kemajuan Sukan )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Disunting oleh: Suhaila binti Noordin (Unit Sukan)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable