Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

     27 SEPTEMBER 2014, TANJONG KARANG - Kejohanan Ping Pong Terbuka sempena Karnival Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Peringkat Daerah Kuala Selangor 2014 telah diadakan di SJKC Tanjong Karang pada 27 September 2014. Tujuan program ini dilaksanakan adalah sebagai platform bagi menggalakkan masyarakat untuk bersukan secara berterusan disamping membudayakan sukan diseluruh negara serta mengasah bakat-bakat baru terutamanya dalam sukan ping pong.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Persatuan Ping Pong Daerah Kuala Selangor dan Majlis Belia Daerah Kuala Selangor. Sebanyak lebih 40 penyertaan individu dan beregu telah berentap secara liga disepanjang kejohanan ini. Kejohanan ini diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Tuan Haji Makhruzi bin Iksan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, manakala majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh En. Maruwan bin Ahmad selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Kuala Selangor.

Disediakan Oleh : Mohd Amirul Hafiz bin Arshad (PBSD K.SELANGOR)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable