Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

 

KLANG, 20 April 2014 – Sebanyak 32 pasukan futsal lelaki dan 12 pasukan futsal wanita menyertai Kejohanan Futsal 1 Malaysia “Jom Ke Putrajaya” Daerah Klang 2014anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama daripada Persatuan Belia Sungai Serdang. Program ini dirangka selaras dengan kehendak YB Menteri Belia dan Sukan yang mahukan program kesinambungan di peringkat daerah dan negeri sempena Festival Belia Putrajaya (FBP) yang akan berlangsung pada penghujung Mei 2014 nanti.

 

Bagi kategori futsal lelaki Johan disandang oleh pasukan MN Ambush, Naib Johan oleh Belia Seri Perantau manakala Tempat Ketiga oleh Thuderbolt. Bagi kategori wanita pula, Johan daripada pasukan REM FC, Naib Johan oleh FC Catarys, dan Tempat Ketiga oleh TRS FC. Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang dan sijil penyertaan.

 

Majlis Penyampaian hadiah telah disempurnakan En. Shahrizal Bin Md Sari, Bendahari Majlis Belia Selangor Daerah Klang dan turut dihadiri oleh En. Noor Syariq Iqbal Bin Aluwi dan En. Shahrul Azuwan Bin Mohd Anis selaku EXCO Majlis Belia Selangor Daerah Klang.Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori akan mewakili daerah Klang di dalam kejohanan yang sama di peringkat negeri.

 

 

 

Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable