Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM, 29 Mac 2014  –Sebanyak 15 pasukan telah mengambil bahagian di dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Peringkat Negeri Selangor 2014 (SIRI 1). Program ini telah diadakan di Padang Bola Sepak JKR Seksyen 17 Shah Alam, ianya telah membuka peluang dan ruang kepada masyarakat akar umbi untuk terlibat secara aktif di dalam sukan bola sepak.

 

Kejohanan ini telah dimenangani oleh Pasukan Alumni Uitm Malaysia dengan membawa pulang Wang Tunai sebanyak RM 1000.00 berserta Sijil Penyertaan. Kejohanan ini telah diadakan selama sehari yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor.

 

Naib Johan pula disandang oleh Pasukan Budak Kampong FC yang membawa pulang wang tunai sebanyak Rm 700.00 dan Sijil Penyertaan manakala Tempat Ketiga dan Keempat dimenangi oleh Pasukan FSKM B dan The Engine Boys. Masing-masing membawa pulang RM 500.00 dan RM 300.00 beserta Sijil Penyertaan.

 

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah kejohahan tersebut telah disempurnakan oleh Pn.Norazreen binti Sulaiman, Penolong Pengarah Rakan Muda.Dalam ucapan tersebut beliau menitikberatkan kejohanan ini dapat meningkatkan kepakaran dan semangat kesukarelawan tempatan dalam melaksanakan sukan di peringkat komuniti. Selain itu, kejohanan ini dapat menyediakan satu platform kepada para pemain di peringkat akar umbi untuk mengetengahkan bakat yang terpendam.

 

 

 

Disediakan Oleh : Suhaila binti Noordin (JBS Selangor)

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable