Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

MERU, 15 JUN 2014 – Karnival Mesra Belia 1 Malaysia Dun Meru 2014 anjuran GB4B Meru dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama Hyrax Oil, Galaxy NTV9, Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Klang, Gabungan NGO Dun Meru dan RISDA telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada lebih 2500 belia tempatan.

 

Program ini bertemakan konsep Dari Belia Untuk Belia bagi penglibatan akar umbi iaitu belia-belia dari seluruh kawasan dan daerah untuk menyertai pelbagai pertandingan dan aktiviti serta beramah mesra bagi memupuk perpaduan serta mengeratkan silaturrahim. Pelbagai aktiviti dan program telah berlangsung diantaranya autoshow, pertandingan basikal dan motor klasik, pertandingan futsal dan bola jaring, pertandingan nasyid dan persembahan artis tempatan.

 

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Jamal Bin Yunus, Pengerusi NGO Negeri Selangor dan turut dihadiri oleh Dato’ Haji Faizal Bin Abdullah selaku Presiden Majlis Belia Selangor, En. Mohd Hairudin Bin Mohd Nor selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang, dan pengerusi-pengerusi persatuan di Meru. Dalam ucapannya beliau mengucapkan syabas dan tahniah ke atas penganjur kerana telah berjaya menganjurkan program yang memberi impak yang sangat positif kepada generasi muda bagi merealisasikan harapan Negara. Program turut dimeriahkan dengan kehadiran artis dan bekas pemain Selangor seperti Shahril Arshad, Yassin Brothers, Am Raja Lawak dan ramai lagi.

 

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang ) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable