Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM – 15 November 2014.   Karnival LSUS peringkat Negeri Selangor bagi acara Bola sepak 9 sebelah telah diadakan di Padang Putra Bukit Kapar, manakala acara Futsal kategori lelaki/wanita telah diadakan di Champions Sports Arena, Klang dan bagi acara Bola jaring serta Bola keranjang 3 on 3 telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Klang. 

 

Sebanyak 18 pasukan yang terdiri daripada Johan dan Naib Johan LSUS peringkat Daerah telah berjaya mara ke acara peringkat negeri.   Karnival ini telah menarik minat para belia untuk aktif bersukan termasuk menjadi sukarelawan semasa penganjuran karnival ini diadakan.   Karnival ini akan diteruskan pada 22 hingga 23 November 2014 bertempat di Kompleks Rakan Muda  Klang bagi acara ping pong dan sepak takraw.

 

 

Karnival ini memberi impak yang berkesan kepada masyarakat tempatan dalam melaksanakan aktiviti sukan, serta meningkatkan kepakaran dan kesukarelaan tempatan dalam aktiviti yang dijalankan.   Selain bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bersukan secara berterusan, karnival ini juga membantu untuk membudayakan sukan di seluruh Negara.   Bagi Johan keseluruhan LSUS , kemenangan mereka akan diumukan  semasa Majlis Anugerah Sukan untuk semua peringkat Negeri Selangor yang dijangka akan diadakan pada  11 Disember 2014.

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Haji Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable