Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SABAK BERNAM, 5 APRIL 2014 – “Program seumpama ini dapat merapatkan jurang diantara belia dengan agensi kerajaan khasnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai platform penyampaian agenda kerajaan kepada belia setempat. Program ini juga selaras dengan dasar kerajaan iaitu National Blue Ocean Strategy yang menitikberatkan kerjasama di kalangan agensi kerajaan di dalam daerah melalui penganjuran acara sebegini” mengulas ucapan Y.B Tn Hj Mohd Fasiah Bin Mohd Fakeh Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Sabak Bernam dalam ucapan Majlis Perasmian Hari Belia Peringkat Daerah yang di beri nama Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Daerah Sabak Bernam.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Pn Siti Norwinah Binti Narawi, Pengerusi Majlis Belia Daerah Sabak Bernam, En. Abdul Samad Bin Dawood, En. Abd Hamid Bin Hassan, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena  dan pengerusi persatuan belia peringkat bahagian dan cawangan.

Karnival ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Sabak Bernam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena, Sungai Besar. Tema sambutan Karnival ialah ‘Dari Belia Untuk Belia’. Sambutan yang diterima begitu meriah sekali dengan kehadiran sekitar 1000 orang yang terdiri daripada komuniti setempat dan pelajar sekolah serta gerai pameran dari agensi-agensi kerajaan.

Acara-acara yang diadakan adalah Kompang Formasi, Tilawah Al-Quran, Futsal Belia Kategori Lelaki dan Wanita, Kawad Kreatif, Pertandingan Pidato, Pameran Jelajah 1 Belia 1 Kemahiran. Pertandingan Dart 501, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika  KEMAS, Uji Bakat Teater, Persembahan Teater dan Nasyid, Pertunjukkan Lompat Tali dan cabutan bertuah. Sambutan di peringkat negeri pula dijangka akan diadakan di Bukit Changgang, Sepang di penghujung bulan ini.

Pada sebelah malam, Majlis Penutup disempurnakan oleh Y.B Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi, ADUN Negeri Selangor Kawasan Sungai Panjang.

Y.B Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi berharap program seumpama ini akan diteruskan di masa yang akan datang supaya masyarakat lebih peka dengan keprihatinan kerajaan untuk mendekati rakyat selaras dengan slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan.

 

Disediakan oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable