Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

PANTAI MORIB, BANTING, 14 April 2014 – Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Daerah Kuala Langat telah dilaksanakan pada 12 hingga 13 April baru-baru ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat sekitar Kuala Langat dan kawasan-kawasan berhampiran. Sepanjang 2 hari pelaksanaan program ini, lebih kurang 15 acara telah dipertandingkan dan diadakan bagi menarik pengunjung ke tapak karnival ini yang juga merupakan pusat peranginan terkemuka di daerah ini.

 

Pelbagai acara menarik telah dilaksanakan sempena pelaksanaan karnival itu antaranya pertandingan tilawah al-quran utk kategori lelaki dan wanita, pertandingan nasyid, pertandingan kompang formasi, pertandingan futsal, pertandingan tamiya, Fiesta Kejohanan Kabaddi, pertandingan layang-layang, pertandingan bola sepak pantai, senamrobik, kayuhan basikal sihat, pertandingan mewarna kanak-kanak, auto show “moto retro”. Selain itu antara pengisian lain antaranya  perkhidmatan Van Jabatan Pengangkutan Jalan, Kursus Jangka Pendek oleh Kolej Komuniti, cabutan tiket bertuah dan persembahan pentas yang diserikan oleh artis tahanair “Zizi The Fabolouscats”, Aishah AF dan Kumpulan Busker Lipan Bara.

 

Majlis Perasmian karnival ini telah disempurnakan oleh Dato’ Hj. Sulaiman Bin Mohd Karli, Pengerusi Majlis Pembangunan Luar bandar (MPLB) Parlimen Kuala Langat selaku Pengerusi Jawatankuasa Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Peringkat Daerah Kuala Langat. Jawatankuasa pelaksanaan karnival juga telah memutuskan untuk menganugerahkan “Tokoh Belia Jasamu Dikenang” kepada 2 org tokoh belia yang banyak memberi sumbangan pada pembangunan belia di daeah ini iaitu En. Zurihan Yusop (mantan Pengerusi MBD Kuala Langat) dan Puan Hjh. Rozana Kamarulzaman @Ojene (mantan Pengerusi MAYC Kuala Langat)

Pelaksanaan karnival kali ini telah mendapat sokongan padu dari semua pihak terutamanya Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Langat, ABIM Kuala Langat, Gerakan Belia 4B Kuala Langat, MAYC Kuala Langat, HYO Kuala Langat, YMM Kuala Langat, KBBT Kuala Langat, dan jugak dpd pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Semua NGO’s, agensi kerajaan dan swasta yang terlibat sepanjang karnival ini telah memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan sepanjang 2 hari pelaksanaan.

 

Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable