Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

KUALA SELANGOR, 13 APRIL 2014 – Mengulas ucapan Y.B Dato’Irmohizam b. Ibrahim,  Ahli Parlimen  Kuala Selangor merangkap Presiden Majlis Belia Selangor dalam ucapan Majlis Perasmian Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Daerah Kuala Selangor beliau berkata hasrat belia-belia di peringkat daerah yang inginkan program hari belia di turunkan ke daerah-daerah supaya lebih ramai belia dapat mengambil bahagian kini tercapai dengan terlaksananya program sebegini di peringkat daerah, hasrat untuk melaksanakan program sebegini di peringkat daerah telah diusulkan kepada Y.A.B Menteri Belia dan Sukan pada tahun lepas, dan kini ia menjadi satu realiti.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri  Selangor Kawasan Bukit Melawati, Y.B Jakiran Jakomah, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Selangor, Encik Darul Aman bin Hj. Mohamad Yusub, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Selangor, Encik Maruwan bin Ahmad, ketua-ketua jabatan kerajaan daerah Kuala Selangor, pemimpin – pemimpin belia daerah dan pengerusi persatuan belia peringkat bahagian dan cawangan.

Karnival ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Majlis Belia Selangor Daerah Kuala Selangor di perkarangan Kompleks UMNO bahagian Kuala Selangor. Tema sambutan Karnival ialah ‘Dari Belia Untuk Belia’. Sambutan yang diterima begitu meriah sekali dengan kehadiran sekitar 1000 orang yang terdiri daripada komuniti setempat dan pelajar sekolah serta gerai pameran dari agensi-agensi kerajaan.

Acara-acara yang diadakan adalah Kompang Formasi, Tilawah Al-Quran, Futsal Belia Kategori Lelaki dan Wanita, kereta Tamiya, Piantball, Pertandingan Busana Muslimah, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tadika  KEMAS dan Perpaduan, Persembahan Nasyid, cabutan bertuah. Sambutan di peringkat negeri pula dijangka akan diadakan di Bukit Changgang, Sepang di penghujung bulan ini.

 

Disediakan oleh: Mohd Aziz Abu Bakar (PBSD Kuala Selangor)

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable