Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 


 

KLANG, 19 DAN 20 April 2014 – Sebanyak 30 acara mewarnai Karnival Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia Daerah Klang 2014 yang menghimpunkan belia seramai lebih 6000 orang dalam  karnival selama dua hari ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Klang bersama dengan NGO’s daerah Klang dan pihak swasta bertempat di Kompleks Rakan Muda Darah Klang.

Pelbagai pertandingan telah dijalankan antaranya pertandingan futsal, kompang formasi, kabbadi, nasyid, bola keranjang, memasak, tilawah Al-quran, mewarna, karaoke, kids street soccer, rock climbing disamping pelbagai acara sampingan seperti autoshow, komuniti fit berbasikal dan senamrobik, women fitness workshop, perkhemahan, Solat Hajat Pray For MH370, education fair, walk in job interview, ceramah agama, tayangan video Palestine dan pameran agensi kerajaan dan swasta serta gerai-gerai jualan.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Irmohizam Bin Ibrahim, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor pada sebelah petang Sabtu. Beliau turut sama-sama meluangkan masa menyertai kayuhan basikal bersama sukarelawan dan melawat setiap tapak-tapak program. Turut hadir Haji Makhruzi Bin Hj. Iksan, Pengarah JBSN Selangor, En. Haizee Mohd Salleh, Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Klang dan En. Azrul Hafiz Bin Mohamad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Klang dan kepimpinan tertinggi Majlis Belia Selangor Daerah Klang serta NGO’s sekitar daerah Klang.

Disediakan Oleh : Normiza Binti Kadar Maidin  ( PBSD Klang )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable