Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

     SEMENYIH, 10 SEPTEMBER 2014 – Gimnasium 1 Malaysia Daerah Hulu Langat  merupakan salah satu inisiatif dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang cintakan aktiviti sihat. Gimnasium ini menyediakan kemudahan-kemudahan peralatan sukan untuk aktiviti fizikal yang menglibatkan pergerakan seluruh anggota badan manusia dan aktiviti kardiovaskular untuk memastikan tubuh badan sentiasa sihat dan bekerja dengan efisyen.

               

Di bawah pemerhatian Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat, Gimnasium 1 Malaysia Daerah Hulu Langat diuruskan oleh Kelab Sukan Kecergasan Gimnasium 1 Malaysia Hulu Langat. Waktu operasi bagi gimnasium ini bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 malam dan dibuka setiap hari kecuali pada Hari Kelepasan Am serta beroperasi di Seksyen 1, Bandar Rinching, Semenyih. Bayaran yang dikenakan hanya RM 5.00 untuk walk-in dan yuran keahlian bulanan adalah serendah RM 50.00.

               

Barisan anggota jurulatih yang peramah dan berpengalaman sentiasa menanti kunjungan dari masyarakat yang beminat untuk turut sama dalam aktiviti kecergasan di gimnasium. Masyarakat sekitar dialu-alukan untuk turut sama datang memeriahkan Gimnasium 1 Malaysia Daerah Hulu Langat. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Encik Muhammad Mustakim bin Tahir di talian 012-2389657 yang juga merangkap Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Gimnasium 1 Malaysia Hulu Langat.

Disediakan oleh : Mohd Faizal bin Ismail

PBSD Hulu Langat

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable