Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

BANGI, 24 & 26 Jun 2014 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah telah melaksanakan Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Siri 1 dan 2 Daerah Hulu Langat. Lokasi yang menjadi pilihan untuk pelaksanaan program ini ialah di Hutan Lipur Sungai Tekala, Hulu Langat pada 24 Jun 2014 (Selasa) dan Hutan Lipur Taman Rimba Ampang, Ampang pada 26 Jun 2014 (Khamis). Peserta-peserta yang melibatkan diri adalah merupakan peserta Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di bawah naungan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat. 

Program yang berlangsung selama 2 hari ini mendapat sambutan sebanyak 40 orang peserta bagi setiap siri. Selain itu, seramai 12 orang guru pengiring dan 12 orang pegawai dari Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah turut menggembleng tenaga dalam mewujudkan semangat sukarelawan di kalangan belia-belia. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah mengecat dewan terbuka, pembersihan kawasan Taman Herba, pembersihan Tapak Perkhemahan, pembersihan laluan denai dan mengecat surau.

Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Selangor Tengah, Encik Harman bin Baharuddin.

 

 

Disediakan oleh : Mohd Faizal bin Mohd Ismail (PBSD Hulu Langat)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable