SABAK BERNAM, 19 OGOS 2014 – Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam telah mengadakan Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda Siri 1 di Rumah Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam pada hari Sabtu bertarikh 16 Ogos 2014.

Seramai lebih 40 orang peserta telah menyertai program ini dan kesemua peserta  adalah penghuni asrama rumah kebajikan ini.  Aktiviti program yang dilakukan adalah mengecat bilik asrama lelaki yang dilakukan oleh pelajar lelaki manakala yang perempuan melakukan pembersihan bilik asrama mereka.

Jelajah Sukarelawan Rakan Muda merupakan pendekatan Kerajaan Malaysia  melalui Kementerian Belia Dan Sukan khasnya untuk mendekati golongan belia menerusi penyediaan platform yang boleh memenuhi keperluan golongan belia dari segi aktiviti kesukarelaan.

Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memupuk nilai kepimpinan di kalangan generasi muda terutamanya di dalam membantu kerajaan mengukuh dan membangunkan jalinan integrasi yang erat di kalangan komuniti setempat.

Turut hadir menyempurnakan majlis perasmian penutup ialah Puan Rosnah Binti Mohamad Razali, Penyelia Rumah Kebajikan Ukhuwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam. Turut mengiring beliau ialah Freddy Anak Jombing, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam selaku pegawai projek.

 

Oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable