Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

     KLANG, 13 SEMPTEMBER 2014 - Program Jelajah Patriotik Anak Muda Selangor telah memulakan penjelajahan mereka bermula hari ini. Program yang diadakan khas bersempena sambutan bulan kemerdekaan negara dan juga sambutan Hari Malaysia itu melibatkan penjelajahan 5 buah Daerah bermula dari DaerahKlang, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor dan berakhir di Daerah Sabak Bernam.

Peserta jelajah ini melibatkan lebih 10 buah kereta dan 26 orang peserta dari kelab Myvi Extreme Malaysia dan sukarelawan belia daripada MBS.

Antara aktiviti yang diadakan bersempena jelajah ini ialah mempromosi dan melakukan pendaftaran Parlimen Belia malaysia, edaran Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat, aktiviti gotong royong khidmat masyarakat bersama sukarelawan Majlis Belia Malaysia di daerah – daerah terlibat, pameran patriotik, dan mari mencuba sukan Tradisional.

Selain itu, bersesuaian dengan trend semasa anak muda masa kini, pertandingan gambar selfie terbaik turut diadakan disepanjang jelajah ini. Peserta juga berpeluang untuk beramah mesra dengan Ikon Belia Selangor serta  menyertai program sembang mesra belia bersama pemimpin setempat. Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik juga turut diadakan bagi mencungkil bakat terpendam dalam diri peserta.

Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam yang  berakhir 14 September ini turut mendapat kerjasama daripada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan  Jabatan Penerangan Selangor. Secara keseluruhannya program berjalan dengan lancar dan menepati jadual dan pengisian yang telah dirancangkan.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable