Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

KLANG  - 18 DISEMBER 2014. JBSN Selangor telah menerima kunjungan daripada kumpulan Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi dan juga ahli Puspanita KBS.  Lawatan ini telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Klang sebagai satu lawatan ilmu yang diadakan oleh pihak Puspanita Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Seramai 45 orang ahli puspanita yang hadir telah diberi penerangan serba sedikit oleh YBhg. Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan selaku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor berhubung fungsi dan peranan Jabatan serta kemudahan – kemudahan yang ada  di Kompleks Rakan Muda Klang termasuk kawasan sekitarnya.

Wakil Pengerusi Puspanita KBS, YBhg. Datin Dr Nasibah binti Mohd Ali, turut memberi ucapan dan menyampaikan cenderahati penghargaan kepada JBSN Selangor di atas kesudian menerima kunjungan mereka.   Semua hadirin diraikan dengan hidangan makan tengahari ala kampung dan majlis berakhir dengan sesi fotografi.

 

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable