Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SHAH ALAM - 23 April 2014.  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor sekali lagi telah melancarkan Amalan 5S di kalangan Pegawai dan Kakitangan.  Majlis Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah Rakan Muda, Puan Norazreen binti Sulaiman dengan penglibatan pegawai dan kakitangan peringkat Jabatan.

Dengan slogan “ Kami Komited Mengamalkan Amalan 5S” amalan ini membawa perubahan positif kepada  sistem kerja pegawai dan kakitangan serta susun atur  ruang pejabat.   Terdahulu, Amalan 5S di Jabatan ini telah mendapat persijilan dan pengiktirafan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).  Jabatan telah mengambil inisiatif dengan meneruskan dan mengamalkan elemen 5S serta menerapkan semangat kerjasama di kalangan pegawai dan kakitangan untuk terlibat dalam aktiviti gotong royong mengikut sub zon yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa 5S yang dilantik. 

 

 

Disediakan oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable