Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

     25 SEPTEMBER 2014, HULU SELANGOR -  Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor dengan kerjasam Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor, telah Berjaya mengumpulkan seramai 34 orang peserta OKU (Orang kelainan Upaya) dari sebelas buah sekolah disekitar daerah Hulu Selangor bagi menjayakan  Program Inpire iTalent daerah Hulu Selangor 2014 bertempat di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta sebelum setiap peserta diuji dengan ujian yang bersesuaian mengikut kategori  kecacatan anggota badan mereka. Pegawai penguji yang bertauliah  dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Program sehari yang julung kalinya diadakan di peringkat daerah ini telah mencapai  misinya  untuk mencari bakat baru di peringkat akar umbi yang bakal menjadi atlet OKU (Orang Kelaian Upaya) dan mewakili negeri dan negara pada suatu hari nanti.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpul data serta maklumat mengenai OKU (Orang Kelainan  Upaya) di setiap daerah dengan penglibatan agensi kerajaan yang lain di dalam daerah ini.

Disediakan Oleh : Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman (PBSD H.Selangor)

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable