Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

 

SUNGAI BESAR - 13 SEPTEMBER 2014, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Sabak Bernam dan Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam telah berjaya mengumpulkan seramai 49 orang bagi semua golongan Orang Kurang Upaya OKU di seluruh daerah Sabak Bernam untuk menyertai Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Sabak Bernam bertempat di Dewan Besar, SMK Sungai Besar.

Program ini dimulakan dengan pendaftaran peserta sebelum setiap peserta diuji dengan ujian yang bersesuaian mengikut kategori  kecacatan anggota badan mereka. Pegawai penguji yang bertauliah  terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kelainan Upaya (PESRON) Negeri Selangor dan para pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.

Program sehari yang julung kalinya diadakan di peringkat daerah ini telah melaksanakan misinya  untuk mencari bakat baru di peringkat akar umbi yang akan bakal menjadi atlet Orang Kelaian Upaya (OKU) dan mewakili negeri dan negara pada suatu hari nanti.

Seorang peserta yang ditemuramah menyatakan perasaan gembira dan rasa bertuah kerana ini adalah kali pertama dia menyertai program seumpama ini. Walaupun kata-katanya tidak terungkap namun riak wajahnya menunjukkan kegembiran kerana dapat mencuba sesuatu yang baru dan dapat mengeratkan silatulrahim sesama mereka.

Program ini merupakan platform untuk semua golongan Orang Kelaian Upaya (OKU) menyertai aktiviti sukan dan rekreasi yang telah termaktub di dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008, Seksen 32 Akses kepada rekreasi, santai dan sukan.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpul data serta maklumat mengenai Orang Kelainan  Upaya di setiap daerah dengan penglibatan agensi kerajaan yang lain di dalam daerah ini.

Majlis perasmian program ini disempurnakan oleh YB Budiman Bin Mohd Zohdi, ADUN Sungai Panjang merangkap Pengerusi Penyelaras Belia Dan Sukan Persekutuan Negeri Selangor. Beliau berharap program ini dapat diteruskan di masa akan datang semoga golongan istimewa ini tidak berasa terpinggir dan turut menyumbang kejayaan kepada bidang sukan yang mereka ceburi.

Turut hadir  ialah Pegawai Pembangunan Paralimpik Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Selangor, Cik Hazriati Binti Abdul Hamid dan Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Siti Norwinah Binti Narawi.

Disediakan oleh: Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable