SHAH ALAM - 26 JUN 2014.  Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor  kehilangan seorang warga kerja yang sangat berdedikasi terhadap tugasnya iaitu,Datin Marjorie Jane Raj.  Beliau akan  bersara pada 27 Jun 2014 setelah berkhidmat selama 34 tahun di dalam perkhidmatan awam bermula pada tahun 1980.

Beliau dikenali sebagai seorang yang komited, cekap dan amanah dalam melaksanakan tugas terutamanya yang melibatkan hal-hal pentadbiran dan kewangan.   Beliau banyak membantu dalam memenuhi kehendak dan keperluan bagi mencapai visi dan misi Jabatan bermula pada tahun pertama bertugas di JBS Selangor  iaitu pada tahun 2008 hingga Jun 2014.     

Pihak Jabatan merakamkan setinggi penghargaan di atas segala jasa bakti dan sumbangan beliau selama bertugas di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor.  

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim (JBS Selangor) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable