Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

PULAU PANGKOR, 7 NOVEMBER 2014 - Program Kepimpinan Organisasi Tahap II (Fasa I) yang merupakan kesinambungan dari Program Kepimpinan Organisasi Tahap I telah diadakan sebagai satu platform kepada belia untuk mencari nilai dan kualiti dalam aspek ilmu pentadbiran dan pengurusan kepada pemimpin belia.   Program tersebut telah di adakan di Suria Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor selama 3 hari 2 malam dengan penglibatan seramai 44 orang peserta di kalangan belia daripada seluruh daerah di Negeri Selangor.

 

Antara modul yang telah disampaikan dan dipraktikkan ialah nilai serta etika pengurusan, pemasaran strategik, kemahiran berunding, impak media sosial kepada belia dan juga penyelesaian masalah kreatif.

 

Perasmian majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, Tuan Haji Makhruzi bin Haji Iksan.  Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia Sukan Negeri Selangor, Encik Azli bin Mohd Daud.

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Haji Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable