SHAH ALAM – 13 JANUARI 2015. Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah dikunjungi oleh Urusetia Gegar GST daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pagi tadi untuk memberi taklimat berhubung pelaksanaan GST yang bakal di laksanakan bermula pada 1 April 2015.   Objektif taklimat ini adalah untuk memberi penerangan dan meningkatkan kesedaran kepada semua pegawai dan kakitangan berhubung pelaksanaan GST oleh Kerajaan. 

Taklimat ini disampaikan oleh Puan Rosalina binti Adzmi dan juga Puan Nur Fathiah binti Marzuki.  Rata-rata pegawai daripada Jabatan ini menyuarakan pandangan dan pertanyaan berhubung perkara tersebut dan bersedia dengan pelaksanaan GST tidak lama lagi.   Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab dan juga jamuan ringan.  

 

 

Disediakan Oleh : Syazwani Binti Mohd Kasim (JBS Selangor)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable