Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

Oleh : Mohd Firdaus Amin Abdullah (Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

PUTRAJAYA, 19 SEPTEMBER 2013 – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) sentiasa memandang kehadapan terutamanya dalam memcari kaedah bagi mendekaktkan jurang antara golongan sasar dengan kementerian.

 

Demikian tegas menterinya,  Encik Khairy Jamaluddin ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Sistem eROY di Bilik Sekretariat Pengurusan Acara , Menara KBS, disini  pagi tadi.

 

Menurut beliau, sistem pendaftaran secara On-line tersebut bukan sahaja dapat memudahkan serta mempercepatkan proses pendaftaran pertubuhan belia malahan ia juga dapat mengurangkan birokrasi dalam proses pendaftaran pertubuhan belia.

 

Tambah beliau lagi, system eROY yang digunakan tersebut merupakan salah satu penyelesaian bagi menggantikan sistem manual yang banyak menimbulkan masalah hingga menyebabkan sesuatu permohonan mengambil masa mencecah enam bulan untuk diluluskan.

 

“ Melalui sistem eROY, tempoh permohonan sesuatu pertubuhan belia untuk diluluskan akan menjadi lebih pantas dan efisien dan mengambil masa hanya sehari  hari sahaja untuk sesuatu permohonan diluluskan. Ia sejajar dengan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia ( Akta 668 ) yang bertujuan menggalakkan serta memudahkan pembangunan belia di negara ini,” ujarnya lagi.

 

“ KBS juga turut memperkenalkan sistem penarafan bintang yang dapat membantu dalam membuat penilaian berdasarkan prestasi pertubuhan belia bagi meningkatkan keberkesanan dalam menyalurkan peruntukan kepada pertubuhan belia,” tambahnya.

 

Ketika sesi sidang media di majlis berkenaan, Encik Khairy turut menyatakan harapan beliau agar system eROY bakal meningkatkan lagi pembangunan belia Negara disamping memantapkan sistem transformasi kerajaan.

 

Hadir sama, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Jamil Salleh, Timbalannnya, Dato’ Azhar Mohamed Isa, Pendaftar Pertubuhan Belia, Mahzrib Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Hajah Hatipah Haji Ibrahim.

 

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

MAKLUMAN TERKINI

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

 

 IKLAN JAWATAN KOSONG - MUAT TURUN BORANG

 

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable