PANTAI KELANANG, BANTING, 11 JUN 2014 – Seramai 45 orang peserta yang terdiri dari peserta Perak dan Gangsa telah menyertai Program Jelajah Sukarelawan Rakan Muda (Khidmat Masyarakat) di sepanjang Pantai Kelanang, Banting, Selangor. 

 

Program ini antara lainnya bertujuan untuk membina sokongan komuniti yang dinamis berasaskan kepada semangat kesukarelaan antara masyarakat desa dan golongan intelek didalam membentuk kerohanian dan kerukunan komuniti setempat. Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk menggerakkan tenaga muda sebagai pemangkin kepada perubahan social belia didalam komuniti desa dan luar Bandar khususnya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasaskan ilmu pengetahuan menerusi golongan belia yang intelek.

  

Bermula jam 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang, para peserta membersihkan kawasan Pantai Kelanang dan acara sampingan yang turut dilaksanakan ialah “BBQ”, Pertandingan Kutipan sampah terbanyak mengikut kumpulan dan beberapa hadiah misteri turut diadakan.

  

Majlis Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Zuraidah Yusof, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat. Menurut Ucapan beliau, beliau berharap agar kerja-kerja kemasyarakatan sepeti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang sama ada secara indivudu atau secara berkumpulan. Para remaja perlu menerapkan semangat kasih saying terhadap alam sekitar dan sama-sama menjaga kebersihan terutamanya ditempat tumpuan awam seperti ini.  

 

 

Disediakan Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

FaLang translation system by Faboba
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable