Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

Apbm Port Dickson,  14 April 2014 – Pada 10 dan 11 April 2014 yang lalu Unit Pembangunan Keusahawanan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan Kursus “Smart Manager & Partnership” Usahawan Belia 2014. Seramai 35 usahawan dari Negeri Selangor dan juga 10 usahawan tempatan menyertai kursus pendek ini dalam mengenalpasti potensi diri dalam bidang keusahawan dan mencelik akal minda mereka berkenaan kebangkrapan dan pengurusan kewangan mengikut keseusaian perniagaan yang diceburi.

Taklimat kebangkrapan telah disampaikan dengan rapi dan sangat menarik minat peserta oleh Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Negara Cawangan Negeri Sembilan, Cik Fatin Hanum. Beliau banyak berkongsi maklumat yang sangat terhad diketahui oleh umum mengenai perihal kebangkrapan.

Manakala sesi Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan telah disampaikan oleh Tuan Syed Abdul Aziz dari 7 Heaven Consultancy. Ceramah padat selama 4 jam yang disampaikan telah membuka hati dan minda peserta agar berniaga dengan ketulusan bersama pengaplikasian skill IQ dan EQ yang tinggi terhadap perniagaan dan pengurusan kewangan itu sendiri memungkinkan kejayaan yang diharapkan.

Secara keseluruhan, kursus ini berjaya me “reset” kan diri peserta agar lebih bersedia menghadapi dunia perniagaan yang kian mencabar. Maklumbalas peserta jug adalah baik dan rata-rata memohon agar program sebegini dapat diteruskan.

 

Disediakan oleh : Noor Azrina binti Aliman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable