Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

BANTING, 21 OGOS 2014 – Persatuan Fun Trikes Malaysia dengan sokongan penuh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Majlis Sukan Negara akan menganjurkan “Malaysia Fun Trikes International Drift Challenge 2014” pada 26 – 28 September 2014 bertempat di Bukit Jugra, Banting, Selangor. Jika sebelum ini Bukit Jugra, Banting dikenali sebagai Pusat Paragliding, kini satu lagi sukan Extreme akan membawa nama “Bukit Jugra” ke mata dunia.

Bercakap di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Langat pada 20 Ogos 2014, Pengerusi Persatuan Fun Trike Malaysia, En. Khairudin Kanan, program ini akan mengumpulkan semua peminat sukan Fun Trike dari seluruh dunia. Sebanyak 3 kategori akan dipertandingankan iaitu “King of Fast”, “Group of Fast” dan “King of Drift” dan menawarkan hadiah-hadiah berbentuk wang tunai USD500.00, USD350.00, USD200.00 dan beberapa hadiah iringan.

Walaupun persatuan ini baru ditubuhkan tetapi mempunyai satu matlamat yang jelas untuk meningkatkan semangat sukan dikalangan masyarakat disamping ingin membawa nama baik Kuala Langat dan Malaysia dimata dunia. 

 

Oleh: Mastijah Binti Insuin (PBSD Kuala Langat) 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

 

 

MAKLUMAN TERKINI

 

PERTANDINGAN BOLA JARING TERBUKA IYC 2019  - MUAT TURUN BORANG

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - DAFTAR

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable