Arabic Chinese (Simplified) Chinese (Traditional) Hindi Japanese Korean Malay

 

SABAK BERNAM 6 Mei 2014 – Program Latihan Asas (KELAS) Aerobik Peringkat Daerah Sabak Bernam telah diadakan di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam anjuran Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sabak Bernam dengan kerjasama Kelab Kecergasan Daerah Sabak Bernam.

Program ini telah berjaya menarik minat lebih 50 orang pelajar termasuk  guru sekolah tersebut yang turut serta dalam program ini. Keseluruhan peserta menunjukkan minat serta bakat dan dapat menguasai teknik dan kemahiran aerobik yang diajar dengan berkesan. Program ini dimulakan dengan sesi teori dan seterusnya praktikal. Program ini dihangatkan lagi dengan pertandingan diantara kumpulan untuk pelajar menunjukkan bakat yang terpendam. 

Program ini telah mencapai matlamat iaitu untuk memperkenalkan dan menggalakkan sukan aerobik dan kecergasan di kalangan remaja serta menerapkannya sebagai satu amalan gaya hidup yang sihat selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk memperkasakan budaya penglibatan dalam sukan di kalangan masyarakat dan meningkatkan pengetahuan dan amalan bersukan ke arah  mewujudkan budaya sukan di kalangan masyarakat. 

Hadir menyempurnakan majlis penutup ialah Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam dan beliau berharap program seumpama ini akan diteruskan lagi di sekolah pada masa akan datang supaya pelajar boleh belajar dan mempelajari teknik dan senaman aerobik. Turut hadir ialah Pegawai belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam, Siti Norwinah Binti Narawi.

 Disediakan oleh : Freddy Anak Jombing (PBSD Sabak Bernam)

 

 

MAKLUMAN TERKINI

  

IYCEP (MALAYSIA-MALDIVES) - Sedang berlangsung

 

IYCEP (TURKEY - POLAND - CZECH REPUBLIC) - DAFTAR

 

 

IYCEP (MALAYSIA - AUSTRALIA) - DAFTAR

TEMPAH KEMUDAHAN IYC

Tempah bilik penginapan dan kemudahan IYC sekarang ! Untuk maklumat lanjut,sila hubungi kami di talian 03-91719204/5 atau layari http://live.ipms247.com/booking/book-rooms-yayasanpusatbeliaantarabangsa

 

Go to top
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable